Skip to main content

USM Tuan Rumah Pertandingan Debat Diraja ke-16 2012

Universiti Sains Malaysia (USM) akan menjadi tuan rumah Pertandingan Debat Diraja ke-16 2012 bermula  sabtu ini iaitu dari 11 hingga 16 Februari 2012. Pertandingan ini akan melibatkan sebanyak 500 orang mahasiswa daripada 24 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta di Malaysia.
debat

Pertandingan berprestij anjuran bersama Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia (MADUM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia ini akan mempertandingkan tiga kategori iaitu Bahasa Melayu (Utama dan Muda), Bahasa Inggeris (Utama dan Muda) dan Bahasa Arab.

Untuk makluman, lokasi pertandingan telah diatur mengikut kategori iaitu kategori BahasaMelayu dan Bahasa Arab akan diadakan di Kampus Induk, USM, Minden, Pulau Pinang manakala kategori Bahasa Inggeris akan diadakan di Kampus Kejuruteraan, USM, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Beberapa bilik kuliah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) juga akan digunakan sebagai lokasi pertandingan. Oleh itu , pihak PPKK ingin mengalu-alukan kehadiran dan mengucapkan semoga berjaya kepada semua peserta.

Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan Debat Diraja 2012 ini, sila layari laman web rasmi di http://debatdiraja2012.usm.my

Artikel berkaitan :500 Mahasiswa Berentap Pertandingan Debat Diraja di USM - Bernama