Skip to main content

Hebahan Aktiviti Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia

Untuk makluman, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan menjalankan aktiviti berikut pada minggu ini:

  1. Lawatan dan Mesyuarat Ahli Panel Penasihatan Industri pada  16 Februari 2012 (Khamis) akan diadakan di Bilik Perbincangan Dekan. Untuk makluman Mr. Paul R.Ellis, Managing Director, SCHAEFER KALK (SDN.BHD) akan mengadakan mesyuarat bersama Exco Dekan pada jam 9.00 pagi dan beliau akan dibawa melawat pusat pengajian mulai jam 11 pagi. Lawatan ini dijangka tamat pada jam 12.30 tengahari.
  2. Seminar Pengurusan Akademik Peringkat Kampus Kejuruteraan pada 16-17 Februari 2012 (Khamis dan Jumaat) bertempat di Bilik Seminar, PPKK. Seminar ini dianjurkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia dengan kerjasama Unit Latihan, USM. Seramai 38 orang peserta yang terdiri daripada (Timb. Dekan (Akademik dan Pembangunan Pelajar), Penolong-Penolong Pendaftar dan Pembantu Tadbir) dari Pusat-pusat Pengajian, Kampus Kejuruteraan USM akan menghadiri seminar ini.