77 Pelajar Baru di PPK Kimia

 
siswalestari 2013

9 September 2013- Bagi Sidang Akademik 2013/2014, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPK Kimia) telah menerima seramai 77  pelajar 'baru' yang terdiri daripada mereka yang terbaik dari seluruh Semenanjung.

Sebagaimana kata Profesor Azlina Harun@ Kamaruddin, Dekan, PPK Kimia, dalam ucapan alu-aluanya di Majlis Sambutan Pelajar Baru Bersama Pusat Pengajian pada 4 September yang lalu, "PPK Kimia berasa amat bangga dan bertuah menjadi pilihan utama calon-calon yang memohon yang mana lebih daripada separuh calon yang diterima masuk memiliki PNGK atau CGPA 4.0". Tambah beliau lagi, "Ini sebenarnya merupakan satu cabaran bagi warga Pusat Pengajian khususnya tenaga pengajar dalam melestarikan pencapaian para pelajar tersebut dalam usaha menjadikan mereka sebagai graduan yang memiliki ciri-ciri holistik dalam tempoh empat tahun yang akan datang'.

Secara statistik, daripada 77 pelajar yang telah mendaftar diri pada 1 September di desasiswa-desasiswa, Kampus Kejuruteraan, USM, 46 pelajar daripada etnik Melayu, 18 etnik Cina, India, 12 dan seorang daripada keturunan Bajau. Merujuk kepada pecahan daripada sudut jantina pula, memperlihatkan pecahan yang hampir sama di antara bilangan pelajar  perempuan seramai 39 orang manakala lelaki seramai 38 pelajar.

Sebagaimana tradisi, sambutan para pelajar tersebut telah diadakan di Pusat Pengajian pada 4 September yang lalu, dengan  dimulai acara Majlis Sambutan Siswa Bersama Pusat Pengajian  yang bermula seawal jam 8.30 pagi.

siswalestari 2013

Dalam majlis tersebut, selain daripada memperkenalkan kesemua staf Pusat Pengajian, Dekan turut menzahirkan harapan dan hala tuju Pusat Pengajian dengan memberi fokus dan penekanan mengenai Visi dan Misi Pusat Pengajian, pendekatan dan implimentasi OBE, keperluan akreditasi Lembaga Jurutera Malaysia, posisi Pusat Pengajian dalam konteks nasional dan global, berusaha dan belajar sebagai satu pasukan, pembangunan kerjaya dan senario guna tenaga industri terkini, harapan dan cabaran.

Kata Profesor Azlina, "Bukan mudah menjadi yang terbaik dan terkehadapan, melainkan kesemua warga Pusat Pengajian bermula daripada tenaga pengajar membawa kepada pelajar bersatu hati, bekerja keras dalam satu pasukan bagi memastikan kelestarian hari esok menjadi milik kita".

siswalestari 2013

Selain itu, para pelajar juga telah disantuni dengan pelbagai program termasuk sesi penerangan dan taklimat mengenai modus operandi hal ehwal akademik, struktur dan sistem kurikulum, menjalani proses pendaftaran kursus secara 'on-line', lawatan ke makmal-makmal dan di akhiri dengan aktiviti riadah/aktiviti luaran pada sebelah petang sebelum mereka bersurai pada jam 6.30 petang.

siswalestari 2013      siswalestari 2013

siswalestari 2013      siswalestari 2013
 
siswalestari 2013


Sebagai tanda kenang-kenangan dan juga 'pasport' rasmi sebagai warga 'baru'  Pusat Pengajian, sudah pasti sesi bergambar beramai-ramai turut diadakan.

siswa lestari 2013

Kepada mereka semua, PPK Kimia khasnya, warga Kampus Kejuruteraan amnya, berasa amat bangga dan berbesar hati menerima kedatangan saudara-saudari dan mengharapkan kecemerlangan akademik saudara-saudari yang sedia ada akan dapat dilestarikan untuk terus terbilang di hari esok.Teks:


Mokhtar Alfakari Anurbek
Foto:  Multimedia PPKK

International COnference on Environment ICENV 2018