Skip to main content

Kejuruteraan Kimia - 68 Graduan Di Konvokesyen Usm Ke 48

19 September 2013- Seramai 68 pelajar Tahun Akhir, Sidang Akademik 2012/2013, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan bergelar graduan dalam Upacara Konvokesyen USM ke 48 mulai 19 hingga 22 September 2013 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, Kampus Induk, USM, Pulau Pinang.

Kesemua mereka akan menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia) masing-masing pada Sidang Kelima, jam: 3.00 petang, Sabtu, 21 September 2013. Ijazah akan disampaikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Razali Ismail, Pro- Canselor, USM.

Dinilai daripada sudut prestasi, daripada 68 graduan tersebut, 80.9% mereka bergraduat dengan PNGK 3.00 dan ke atas. Tiga pelajar cemerlang dengan PNGK 3.67 dan ke atas diikuti dengan tujuh pelajar memiliki PNGK 3.50 hingga 3.66.

Kepada para graduan, sekalung TAHNIAH diucapkan. Yang pasti, kegembiraan anda semua turut dirasai oleh kami warga PPK Kimia khasnya dan warga Kampus Kejuruteraan secara keseluruhannya.

pngk-chart2013

Teks & Grafik: Mokhtar Alfakari Anurbek