Skip to main content

Fakulti Kejuruteraan Kimia, Syiah Kuala Universiti, Kongsi Pengalaman PPK Kimia

syiahkualauniversiti visit 1

14 April 2014: Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM, telah menerima kunjungan seramai 31 orang pelawat dari Fakulti Kejuruteraan Kimia, Syiah Kuala Universiti, Banda Acheh, Indonesia, yang terdiri daripada 3 pensyarah, 2 pelajar Doktor Falsafah dan 26 pelajar Ijazah Pertama.

syiahkualauniversiti visit 2

Rombongan pelawat tersebut telah disantuni oleh Dekan PPK Kimia, Profesor Dr. Azlina Harun @ Kamaruddin yang antara lainnya dalam ucapan alu-aluannya menzahirkan kegembiraannya yang kedua-dua Universiti dapat merapatkan lagi hubungan dua hala di samping dapat berkongsi pengalaman dan bertukar-tukar maklumat demi kepentingan dan pembangunan bersama.

"Mungkin apa yang tedapat di PPK Kimia tidak terdapat di Syiah Kuala Universiti dan begitulah sebaliknya. Banyak yang boleh dipelajari dan dikongsikan melalui lawatan ini. Yang penting apa yang dikongsikan benar-benar membuahkan hasil yang dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak", ujur beliau.

Dalam ucapan balas, wakil dari Syiah Kuala Universiti , Dr. Syaifullah telah menyampaikan ucapan penghargaan dan terima kasih serta rasa kagum beliau tentang kepesatan pembangunan Kampus Kejuruteraan khususnya Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia sendiri yang dilengkapi dengan fasiliti yang amat canggih dan terkini.

syiahkualauniversiti visit 3

Menurut beliau, "Kunjungan kami adalah hendak melihat dengan lebih dekat urus tadbir se buah Universiti bertaraf APEX, khususnya Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia yang merupakan di antara universiti terbaik di dunia". Tambah beliau lagi, "Pengalaman berada di sini amat bermakna dan kami merasa amat teruja dengan kurikulum yang begitu mantab dan kemudahan pengajaran-pembelajaran yang disediakan ".

Keterujaan Dr. Syaifullah itu juga turut dirasai apabila pelbagai persoalan diajukan oleh pelajar-pelajarnya semasa sesi soal-jawab.

syiahkualauniversiti visit 4

Selain daripada rombongan diberi penerangan berkaitan dengan misi, visi Universiti dan modus operandi pengajaran-pembelajaran dan fasiliti yang terdapat di PPK Kimia yang disampaikan oleh Timbalan Dekan (Akademik), Profesor Madya Dr. Mohamad Zailani Abu Bakar, para pelawat juga telah di bawah melawat ke beberapa buah makmal yang mana fungsi setiap makmal yang dilawati telah diperjelaskan oleh Dr. Tan Soon Huat dengan dibantu oleh Encik Irwin Basir, Encik Hafiz Gaddafi dan Encik Said Saidin.

syiahkualauniversiti visit 5

syiahkualauniversiti visit 6

Lawatan di akhiri dengan acara pertukaran cenderamata sebagai tanda kenang-kenangan dan jamuan makan tengah hari sebelum pelawat berlepas pulang pada jam 2.00 petang.

syiahkualauniversiti visit 7


Teks: Puan Norsiah Abd Rahman
Foto: Encik Mohd Hisyam Adnan