Makmal Perancangan Pembangunan Strategik Inovasi dan Kelestarian Urus Tadbir PPKK

makmalppbsi 2014 1

29 April 2014 - Selaras dengan tema dan fokus USM 2014 yang menuntut agar inovasi dan kelestarian menjadi teras dalam menghakupaya dan memperkasakan PTJ, Makmal Perancangan Pembangunan Strategik Inovasi dan Kelestarian Urus Tadbir telah diadakan di Bilik Seminar P P Kejuruteraan Kimia khusus untuk staf bahagian Pentadbiran Am, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK).

Makmal ini bertujuan untuk mentransformasikan staf Pentadbiran agar menjana minda dengan idea-idea inovasi dan kelestarian yang bersifat global dan sama-sama mempratikkan dan menyumbang untuk Pusat Pengajian khususnya.

Objektif makmal ini diadakan adalah untuk :

  • Memberi pendedahan dan pengukuhan terhadap konsep inovasi dan kelestarian sebagai elemen nilai tambah dalam urus tadbir;
  • Untuk membincangkan dan menentukan dimensi dan parameter inovasi dan kelestarian yang relevan dengan keupayaan staf pentadbiran untuk melaksanakannya;
  • Mengupayakan inovasi dan kelestarian sebagai suatu entiti yang perlu ada secara konsisten ke atas kualiti dan integriti produk dan perkhidmatan;
  • Menggariskan minimum 3 projek inovasi dan 3 projek kelestarian untuk dijana sepanjang tahun 2014.

Bagi menjana dan melahirkan idea-idea inovasi dan kelestarian tersebut, staf telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Setiap kumpulan telah membentangkan idea-idea yang bernas seperti perubahan sistem kaunter yang lebih sistematik, kemudahan untuk memuatnaik borang oleh pelajar melalui web, pengaduan awam/kerosakan dilakukan secara online, mengwujudkan e-book dan sebagainya. Seiring dengan kepesatan teknologi kebanyakan idea yang dilontarkan adalah untuk melaksanakan projek secara online.

makmalppbsi 2014 2

makmalppbsi 2014 3

Secara keseluruhannya semua idea dari pembentangan tersebut telah mendapat perhatian dan sokongan positif dari Dekan PPKK, Profesor Azlina Harun @ Kamarudin. Diakhir makmal, Encik Mokhtar menekankan projek yang dipilih untuk dilaksanakan pada tahun ini akan dipantau untuk memastikan ianya dilaksanakan dan menepati sasaran.


Teks: Puan Norsiah Abd Rahman
Foto: Puan Aniza Abdul Ghani
International COnference on Environment ICENV 2018