Prof. Rahman (Felo ASM) & Prof. Zuhairi (TRSM) membanggakan PPKK & USM

Tahniah kepada dua pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) yang telah dipilih sebagai Felo ASM iaitu Prof. Dr. Abdul Rahman dan Top Research Scientist Malaysia (TRSM) iaitu Prof. Dr. Ahmad Zuhairi oleh Akademi Sains Malaysia (ASM).

profrahman feloasm

Untuk berita lanjut sila baca artikel terbitan laman web rasmi usm.my dibawah :


4 Saintis Usm Dipilih TRSM Dan Seorang Felo Asm

khalil3

PULAU PINANG, 9 Disember 2014 – Empat orang santis Universiti Sains Malaysia (USM) telah dipilih sebagai Saintis Penyelidik Terkemuka Malaysia atau Top Research Scientist Malaysia (TRSM) oleh Akademi Sains Malaysia (ASM) baru-baru ini. Pada majlis yang sama juga, seorang saintis yang juga pakar dalam bidang nanoteknologi dan nanosains, Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed telah dipilih sebagai felo ASM.

Empat orang saintis terkemuka USM yang terpilih adalah pensyarah dari Pusat Pengajian (PP) Teknologi Industri, Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil Shawkataly, PP Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Profesor Dr. Hazizan Md Akil dan Profesor Dr. Mariatti Jaafar @ Mustapha serta PP Kejuruteraan Kimia, Profesor Dr. Ahmad Zuhairi Abdullah.

"Saya bersyukur dengan pemilihan ini kerana proses pemilihan yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah iaitu merangkumi penjanaan dan penyebaran ilmu dan juga kesan penyelidikan kepada negara," ujar Abdul Khalil.

Menurut Felo ASM, pemilihan tersebut akan dapat mendorong beliau untuk berusaha dengan lebih gigih dalam menyumbang jasa ke arah pembangunan dalam bidang sains dan teknologi.

"Saya rasa bertuah kerana terpilih sebagai Felo ASM dan saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada USM kerana terus memberikan sokongan dalam segala aktiviti penyelidikan di peringkat USM dan juga peringkat kebangsaan dan antarabangsa," ujar Abdul Rahman yang juga Pengarah Pusat Kolaboratif Industri USM.

Tujuan TRSM adalah untuk mengenalpasti dan juga mengiktiraf sumbangan para saintis di Malaysia serta mengumpul pangkalan data para saintis untuk rujukan semasa dan pada masa akan datang.

khalil2

Pada masa kini, seramai 96 orang telah dipilih sebagai TRSM iaitu pakar yang aktif dalam pelbagai bidang termasuk Sains Perubatan dan Kesihatan, Sains Kejuruteraan, Sains Persekitaran, Bioteknologi dan juga Ilmu Kemanusiaan sejak ianya diperkenalkan pada tahun 2012.

Penganugerahan telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Sumbangan Profesor Datuk Dr. Abdul Khalil Shawkataly.


Artikel asal : https://www.usm.my/index.php/ms/admin/news-article-bahasa/3417-4-saintis-usm-dipilih-trsm-dan-seorang-felo-asm


International COnference on Environment ICENV 2018