Skip to main content

Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Turut Sertai Program Hari Terbuka Universiti Sains Malaysia 2016

USM, 11 April 2016 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) telah mengambil bahagian dalam program Hari Terbuka Universiti Sains Malaysia bagi tahun 2016 bertempat di Dewan Peperiksaan Kampus Induk. Program tersebut telah diadakan pada 9 April 2016 (Sabtu) dan 10 April 2016 (Ahad), dengan tagline "PAKAT MAI MASUK USM "

usmopenday2016 1Lawatan Naib Canselor dan Pengarah Kampus Kejuruteraan ke Booth Pameran PPKK

Hari Terbuka USM 2016 ini telah menyajikan pelbagai aktiviti antaranya peluang bertemu dengan wakil dari pusat-pusat pengajian di ruang pameran. Selain itu, yuran permohonan percuma turut ditawarkan kepada calon yang ingin membuat permohonan untuk kemasukan.

Satu taklimat khas turut diberikan oleh Pengarah Kampus Kejuruteraan, Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah mengenai keseluruhan program pengajian yang ditawarkan di Kampus Kejuruteraan kepada kaunselor sekolah dan juga ibu bapa pada 9 April 2016. Taklimat ini turut dihadiri oleh wakil dari Pusat Pengajian /Penyelidikan yang terlibat.

Memetik berita dari laman web Kampus Induk, lebih 5,000 orang pengunjung telah melawat kira-kira 50 buah ruang pameran yang disediakan. Pelbagai maklumat berkenaan peluang menyambung pengajian dalam pelbagai bidang yang ditawarkan oleh USM pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi termasuk di Kampus Kejuruteraan dan Kampus Kesihatan telah disalurkan kepada pengunjung.

 



Teks dan Photo : Samsuri Musa