Pemilihan Pelajar Kejuruteraan Melalui Proses Temuduga

temuduga DSC7271

NIBONG TEBAL, 12 Mei 2016 – Universiti Sains Malaysia (USM) kini memperluaskan proses pemilihan pelajar baharunya dalam bidang kejuruteraan melalui proses temuduga.

Kampus yang terletak di pinggir Seberang Perai Selatan ini, meriah dikunjungi ibu bapa dan keluarga yang menghantar anak mereka untuk tujuan itu bagi pengambilan pelajar baharu sidang akademik 2016/2017 dalam bidang kejuruteraan di sini bermula semalam.

temuduga DSC7232

Lebih 800 pelajar dari kawasan zon utara hadir temuduga yang julung kali diadakan di Kampus Kejuruteraan dalam 11 kursus yang ditawarkan oleh enam Pusat Pengajian di sini.

Rata-rata ibu bapa yang ditemui menyatakan rasa syukur kerana anak mereka diberi peluang untuk melalui proses temuduga sebagai bakal pelajar kejuruteraan di Universiti Sains Malaysia yang merupakan antara terbaik di dunia.

temuduga DSC7193

Sementara itu, ibu bapa dan keluarga yang hadir turut dibawa ke lawatan sekitar kampus sementara menunggu anak mereka menjalani proses temuduga di Pusat Pengajian masing-masing.

Sebanyak tiga buah bas disediakan dengan dibantu oleh enam pegawai pengiring sepanjang menyelusuri seluruh kampus dan turut dibantu oleh Pegawai Perhubungan Pusat Pengajian.

temuduga DSC7179

Turut diadakan adalah temuduga melalui telefon dan skype bagi calon yang tinggal jauh dari Universiti seperti di Sabah dan Sarawak.

Dalam pada itu, proses yang sama masih diteruskan bagi calon yang berada di selatan tanah air secara berpusat berlangsung di Hotel Putra, Kuala Lumpur selama dua hari bermula Ahad ini.

Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Bani Faidzzainami Baniyamin
Artikel asal : http://www.eng.usm.my/index.php/ms/more-articles/252-pemilihan-pelajar-kejuruteraan-melalui-proses-temuduga

International COnference on Environment ICENV 2018