Skip to main content

AZIZ ISMAIL, 33 TAHUN MENABUR BAKTI

Abg Aziz10

11 Mac 2019 – Aziz bin Ismail, 60, memulakan kerjayanya sebagai Pelukis Pelan di Jabatan Pembangunan, Universiti Sains Malaysia (USM) bermula 3 November 1986 di Kampus Induk.

Abg Aziz1

Beliau yang bersara secara rasmi pada tanggal 17 Mac 2019 berkata, USM telah banyak meninggalkan pengalaman dan ilmu seterusnya membentuk keperibadian terhadap dirinya.

Abg Aziz3

“Masa saya bersama USM terlalu lama dan ia akan menjadi memori dalam hidup saya”, kata Aziz ketika memulakan bicara perjalanan beliau bersama USM.

Abg Aziz2

Menurut Penolong Jurutera Kanan yang tidak lokek dengan senyuman itu, beliau telah melalui sebanyak tiga fasa perpindahan Kampus Kejuruteraan dari Kampus Induk ke Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh pada Mac 1986 dan sekali lagi berpindah ke Tronoh pada Disember 1990 sebelum kampus ini dipindahkan ke Nibong Tebal pada Mei 2001.

Abg Aziz4

Tambahnya, selama tempoh 25 tahun daripada 33 tahun bersama USM beliau menghabiskan masa dan keringat kepada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia. Lebih manis lagi, beliau pernah memberi khidmat teknikal kepada pelajar-pelajar yang kini merupakan pensyarah di pusat pengajian ini.

Abg Aziz7

“Saya pernah memberi khidmat teknikal kepada mereka di makmal dan saya bangga kerana sempat melihat kejayaan mereka sekarang”, ujarnya yang kini menetap di Taman Seruling Emas, Sungai Bakap.

Abg Aziz8

Ujar Aziz lagi, banyak cabaran yang dihadapi dalam menjalani kehidupan sebagai Juruteknik dan Penolong Jurutera di Pusat Pengajian namun beliau tetap berusaha melalui segalanya dengan bantuan dan sokongan rakan-rakan serta pihak pengurusan.

Abg Aziz11

Menjawab soalan mengenai perancangan selepas bersara, ujarnya ringkas, “saya belum mempunyai perancangan sendiri cuma pada masa sekarang saya membantu rakan membuat kerja luar dalam mengisi kekosongan hari-hari yang berlalu”.

Beliau yang mempunyai mempunyai seorang isteri dan dikurniakan lima orang anak serta sembilan cucu mengucapkan terima kasih dan memohon kemaafan kepada semua pihak selama tempoh bertugas di USM.

Abg Aziz6


Abg Aziz5

Tegasnya, yang turut mempunyai pengalaman selama tempoh lima tahun bekerja sebagai Juru Elektrik di DBKL sebelum diterima bekerja di USM, staf teknikal di USM perlu bersyukur dengan peluang yang diberikan dan bekerja bersungguh-sungguh demi menjayakan misi universiti.

Abg Aziz9




Teks: Mohd Kamil Ashar 
Foto: Mohd Rasydan Omar