Skip to main content

Karnival Interaksi Kejuruteraan Kimia 2013

KIKEK 2013

Pada 24-28 September 2013, Persatuan Pelajar Pusat Pengajian Kimia (CHESS) telah berjaya menganjurkan Karnival Interaksi Kejuruteraan Kimia (KIKEK 2013). Antara acara yag dipertandingkan adalah badminton berpasukan, bola jaring, futsal, sepak taktaw dan sukaneka...

Continue reading

Industrial Talk by Professional Engineer : Introduction to BEM and IEM

2013 iem

On 9th October 2013, Ir Paul Phor Chi Wei, chairman of Institution of Engineers Malaysia (IEM), Penang branch as well as Principal of Perunding PLA Sdn Bhd presented a talk on “Introduction to BEM and IEM” to all undergraduate students. The talk was presented at Lecture Hall 5, Engineering Campus, USM. This event is conjunction with Annual Grand Meeting 2013 organized by Chemical Engineering Student Society (CHESS). During the talk, Ir Paul gave an introduction of BEM/IEM as well as benefit of joining IEM as student member.

Continue reading

Kejuruteraan Kimia - 68 Graduan Di Konvokesyen Usm Ke 48

19 September 2013- Seramai 68 pelajar Tahun Akhir, Sidang Akademik 2012/2013, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia akan bergelar graduan dalam Upacara Konvokesyen USM ke 48 mulai 19 hingga 22 September 2013 bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra, Kampus Induk, USM, Pulau Pinang.

Kesemua mereka akan menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kejuruteraan Kimia) masing-masing pada Sidang Kelima, jam: 3.00 petang, Sabtu, 21 September 2013. Ijazah akan disampaikan oleh Y. Bhg. Tan Sri Razali Ismail, Pro- Canselor, USM.

Dinilai daripada sudut prestasi, daripada 68 graduan tersebut, 80.9% mereka bergraduat dengan PNGK 3.00 dan ke atas. Tiga pelajar cemerlang dengan PNGK 3.67 dan ke atas diikuti dengan tujuh pelajar memiliki PNGK 3.50 hingga 3.66.

Kepada para graduan, sekalung TAHNIAH diucapkan. Yang pasti, kegembiraan anda semua turut dirasai oleh kami warga PPK Kimia khasnya dan warga Kampus Kejuruteraan secara keseluruhannya.

pngk-chart2013

Teks & Grafik: Mokhtar Alfakari Anurbek

Kejuruteraan Kimia Komited Melahirkan Graduan Bertaraf Dunia

Bengkel Obe

12 September 2013- Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia terus mengorak langkah memperkasakan siswa-siswi Tahun Dua, Tiga dan Empatnya dengan memperkenalkan "Programme Objectives" (PEO) dan "Programme Outcomes" (PO) berdasarkan manual baru badan akreditasi, Lembaga Jurutera Malaysia (LJM), dalam usaha melahirkan graduan berdaya saing dan bertaraf dunia.

Continue reading