Aktiviti 2: Hiking di Bukit Tebuan
11 April 2018; #USMFIT ZON A yang terdiri dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Keselamatan telah menganjurkan aktiviti kedua iaitu hiking di Bukit Tebuan. Objektif utama aktiviti hiking ini adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat dan meningkatkan interaksi di kalangan warga Kampus Kejuruteraan khususnya pusat-pusat tanggungjawab dari Zon A. Jumlah peserta yang mengikuti aktiviti ini adalah seramai 28 orang yang terdiri daripada staf dan pelajar. Semua peserta berkumpul di parkir pintu Ampang Jajar, untuk bergerak bersama-sama secara carpool ke kaki Bukit Tebuan. Jarak dari USM ke kaki Bukit Tebuan adalah sejauh 4 km.
Aktiviti ini telah diketuai oleh En. Mohd Rahmat Arifin dari Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Kampus Kejuruteraan. Senaman ringan dilakukan sebelum aktiviti hiking bermula. Tempoh mendaki Bukit Tebuan ini mengambil masa selama 45 minit sehingga ke puncak bukit. Keadaan laluan bukit yang tidak begitu curam amat sesuai bagi semua peringkat umur termasuk kanak-kanak sekolah. Semua peserta telah berjaya sampai ke puncak bukit dan turun semula ke kaki bukit dengan selamat.
Para peserta tiba di kaki bukit tebuan
Pendakian bermula
Semua peserta sampai ke puncak bukit selepas 30 minit mendaki
Para peserta bergerak turun ke kaki bukit tebuan
Keadaan laluan bukit yang tidak curam memudahkan para peserta mendaki dalam tempoh yang singkat