Skip to main content

Aktiviti 4: Weight Challenge Program

2 Mei 2018; #USMFIT ZON A yang terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Keselamatan telah menjalankan program weight challenge yang bertujuan merekodkan berat badan unggul yang perlu dikekalkan oleh seseorang melalui maklumat berat dan tinggi masing-masing. Dalam program ini, maklumat pengukuran data berat dan tinggi peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar telah diambil menggunakan alat pengukuran berat badan OMRON BF-206BT. Sebelum pengukuran di buat, para peserta diminta mengisi maklumat peribadi seperti umur, tarikh lahir dan jantina bagi mendapatkan pengukuran yang tepat. Antara contoh maklumat yang diperolehi dari hasil dari pengukuran menggunakan alat ini adalah berat badan, peratusan lemak badan, indeks jisim tubuh dan kadar metabolisme rehat. Data yang diperolehi dari pengukuran ini akan dikemaskini menggunakan sistem dalam talian yang telah disediakan oleh pihak penyelaras #USMFIT di Kampus Induk.

databerat2018
Aktiviti Weight Challenge