Staf Teknikal bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang dalam Kursus Pengurusan Bahan Buangan Terjadual

SCE 9989

NIBONG TEBAL, 16 Ogos 2018 - Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia (PPKK) hari ini menerima kunjungan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang bagi menyampaikan Kursus Pengurusan Bahan Buangan Terjadual (Pengasingan, Pembungkusan dan Pelabelan) untuk semua staf teknikal di PPKK.


SCE 9940

Tiga orang penceramah JAS yang berpengalaman hadir iaitu En. Suffian Bin Julmohamad (Penolong Pengarah, Unit Pendidikan), En. Pravin Segaran A/L Segaran (Penolong Pengarah, Unit Perlesenan) dan Cik Nor Juliana Binti Jaafor (Penolong Pengarah, Unit Penguatkuasaan).


SCE 9942

Kursus ini bermula di Dewan Seminar Science Engineering Research Centre (SERC) pada sesi pagi yang menyentuh tentang kod bahan buangan terjadual, cara pengasingan, pembungkusan dan pelabelan mengikut tatacara yang betul. Pada sesi petang pula diadakan sesi perkongsian laman e-swis serta prosedur perlantikan orang berwibawa berkenanan pengurusan bahan buangan terjadual. Kursus berakhir dengan sesi ujian bertulis bagi menilai tahap pemahaman staf teknikal selepas kursus dijalankan.


SCE 9943

Kursus ini disudahi dengan ucapan penutup oleh Dekan, Prof. Azlina Harun@Kamaruddin melalui ucapan penutupnya beliau menyambut baik kedatangan pihak JAS ke PPKK. Kata Prof. Azlina, “Kita di PPKK amat mementingkan keselamatan sepanjang masa terutamanya di makmal dan menyambut baik usaha staf dalam meningkatkan ilmu pengetahuan bersama agensi-agensi luar yang sudi berkongsi ilmu dan kepakaran.”Beliau berharap kursus begini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memupuk tahap kesedaran keselamatan yang tinggi kepada semua staf teknikal.


SCE 9983


Teks: Rosni Mohamad Yusof / Foto: Mohd Rasydan Omar
International COnference on Environment ICENV 2018