Skip to main content

USMFIT

Aktiviti 4: Weight Challenge Program

databerat2018

2 Mei 2018; #USMFIT ZON A yang terdiri daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Keselamatan telah menjalankan program weight challenge yang bertujuan merekodkan berat badan unggul yang perlu dikekalkan oleh seseorang melalui maklumat berat dan tinggi masing-masing.

Read more …Aktiviti 4: Weight Challenge Program

Aktiviti 3: Jogging di Stadium Balapan Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan

jogging2018 1

25 April 2018; Aktiviti #USMFIT ZON A telah diteruskan dengan aktiviti jogging di Stadium Balapan Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan yang bermula pada pukul 5.30 petang. Senaman ringan dijalankan sebelum aktiviti bermula. Aktiviti ini diketuai oleh En. Mohd Yazid Yahya dari Pusat Islam, Kampus Kejuruteraan. Para peserta disarankan melengkapkan sekurang-kurangnya satu pusing bagi wanita dan tiga pusingan bagi lelaki. Jarak pusingan adalah sejauh 400 m.

Read more …Aktiviti 3: Jogging di Stadium Balapan Kompleks Sukan Kampus Kejuruteraan

Aktiviti 2: Hiking di Bukit Tebuan

hikingbukittebuan2018 1

11 April 2018; #USMFIT ZON A yang terdiri dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Keselamatan telah menganjurkan aktiviti kedua iaitu hiking di Bukit Tebuan. Objektif utama aktiviti hiking ini adalah untuk membudayakan gaya hidup sihat dan meningkatkan interaksi di kalangan warga Kampus Kejuruteraan khususnya pusat-pusat tanggungjawab dari Zon A. Jumlah peserta yang mengikuti aktiviti ini adalah seramai 28 orang yang terdiri daripada staf dan pelajar. Semua peserta berkumpul di parkir pintu Ampang Jajar, untuk bergerak bersama-sama secara carpool ke kaki Bukit Tebuan. Jarak dari USM ke kaki Bukit Tebuan adalah sejauh 4 km.

Read more …Aktiviti 2: Hiking di Bukit Tebuan