Akreditasi
Program kejuruteraan kimia yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia di Universiit Sains Malaysia memperoleh akreditasi menurut Kerangka Kualiti Malaysia yang dikawal selia oleh Agensi Kualiti Malaysia. USM telah dianugerahkan status akreditasi kendiri oleh MQA pada 17 Mei 2010 dan bertanggungjawab untuk menguat kuasa di peringkat dalaman segala prosedur akreditasi berkaitan kualiti program prasiswazah. Proses audit dilaksanakan melalui COIA dan COPPA.
Program kejuruteraan kimia kami turut memperoleh akreditasi oleh Majlis Akreditasi Kejuruteraan, Lembaga Jurutera Malaysia yang merupakan salah satu anggota Washington Accord sejak 2009. Maka, program kejuruteraan kimia di USM diiktiraf di pperingkat antarabangsa. BEM ialah badan berkanun yang mewakili profesion kejuruteraan dan mngawalselia standard amalan pendidikan kejuruteraan di Malaysia.
Tempoh Akreditasi
2025 - 2030
Tahun Akreditasi | Tahun Diluluskan | Tahun Pemgambilan |
1998 | 1998 | 1993 - 1994 |
1999 | 1999 | 1996 - 1998 |
2002 | 2002 | 1994 - 1999* |
2003 | 2003 | 1999 |
2004 | 2004 | 2000 - 2004 |
2008 | 2009 | 2005 - 2006 |
2010 | 2010 | 2011 - 2013 |
2014 | 2014 | 2014 - 2018 |
2018 | 2019 | 2019 - 2024 | 2024 | 2025 | 2025 - 2030 |
* Pengambilan separuh masa (program 3 tahun) **Pengambilan dari 1996 hingga 1999 adalah program 3 tahun |
Sijil Akreditasi

