Skip to main content

Libatsama PPKK USM Bersama Komuniti 2013   "2013 SCE USM Engagement with Community"

1. Pada 24-26 Oktober 2013, Program PPKK USM "An Engineer To Be : Satu Laluan Kerjaya" bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu telah berjaya diadakan. Program ini bertujuan untuk menarik minat murid untuk menjadikan Jurutera sebagai kerjaya pilihan masa depan mereka.
 libatsamakomuniti 1

2. PPKK USM telah menganjurkan Bengkel "Orang Kelainan Upaya: Tanggungjawab dan Kewajipan" pada 22 Jun 2013 di Kampus Kejuruteraan, USM. Seramai 150 orang peserta dari Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Nibong Tebal, PDK Puteri Gunung dan PDK Bandar Baru telah mengambil bahagian untuk bengkel tersebut.

libatsamakomuniti 2

3. Pada 13 Februari 2013, program "USM bersama komuniti SK Sri Kerian bagi kelestrian pendidikan berkualiti" telah diadakan dan dihadiri oleh 200 orang peserta yang terdiri daripada murid, ibu bapa dan guru SK Sri Kerian, Parit Buntar, Perak.

libatsamakomuniti 8
 
4. Prof. Madya Mohd Azmier Ahmad telah menyampaikan ceramah bertajuk "Pengaruh kecerdasan spiritual dan intelektual dalam kelestarian hidup" kepada 40 orang pelajar Sekolah Menengah Agama Shamsul Marif Al-Wataniah, Tanjong Piandang, Perak pada 6 November 2013.

libatsamakomuniti 9

5. Prof. Madya Mohd Azmier Ahmad telah menyampaikan ceramah bertajuk "Penghasilan bahan penjerap sisa logam daripada sumber yang boleh diperbaharui: Kaedah pirolisis biojisim" kepada 64 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu di Bilik Seminar PPKK pada 26 Oktober 2013.

libatsamakomuniti 10

6. Dr. Suzylawati Ismail telah menyampaikan ceramah bertajuk "Sumbangan teknologi membran dalam persekitaran yg lebih lestari" kepada 64 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu di Bilik Seminar PPKK pada 25 Oktober 2013.

libatsamakomuniti 3

7. Dr. Suhairi Abd Sata telah menyampaikan ceramah bertajuk "Manfaat bidang Kawalan proses dalam kehidupan yang lebih lestari" kepada 64 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Tengku Mahmud, Terengganu di Bilik Seminar PPKK pada 25 Oktober 2013.

libatsamakomuniti 4

8. Prof. Madya Mohd Azmier Ahmad telah menyampaikan ceramah di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan Aur, Changkat Jering, Perak pada 26 September 2013:
  1. sesi 1 (133 orang pelajar) bertajuk "Sumbangan Kejuruteraan Kimia dalam Kehidupan Berkualiti"
  2. sesi 2 (113 orang pelajar) bertajuk "Asas Penjerapan Sisa Air Bagi Kelestarian Alam Sekitar"

libatsamakomuniti 5

9. Program antara pelajar PPKK USM bersama pelajar-pelajar MRSM Transkrian telah diadakan pada 27 Ogos 2013 di Dewan Kuliah PPKK. Seramai 143 orang pelajar MRSM dan 10 orang pelajar pasca siswazah luar negara yang terlibat telah berinteraksi untuk berkongsi pengalaman di samping mengasah kemahiran insaniah mereka.

libatsamakomuniti 11

10. Dr. Suzylawati Ismail telah menyampaikan ceramah bertajuk "Motivasi ibu bapa dan murid-murid" pada 29 Jun 2013 di Sekolah Kebangsaan Sungai Megat Aris, Tanjong Piandang, Perak. Kesinambungan dari program tersebut, Prof Madya Mohd Azmier Ahmad, Dr Khairiah Abd Karim dan Dr Masrina Mohd Nadzir turut sama membantu murid-murid tersebut didalam pembelajaran mereka.

libatsamakomuniti 12

11. Prof. Madya Mohd Azmier Ahmad telah menyampaikan ceramah bertajuk "Memanfaatkan sisa pertanian sebagai bahan penjerap yang boleh diperbaharui" kepada 20 keluarga Unit Peladang Tanjong Piandang pada 22 September 2013.

libatsamakomuniti 13

12. Dr. Suzylawati Ismail dan Dr. Ooi Boon Seng telah menyampaikan ceramah bertajuk "Latihan Dalam Perkhidmatan" pada 2 Mei 2013 di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Yok Eng, NibongTebal, Pulau Pinang.

libatsamakomuniti 6

13. Dr. Suzylawati Ismail dan Dr.Ooi Boon Seng telah menyampaikan ceramah bertajuk "Bina Insan: Guru Pembawa Perubahan" pada 13 April 2013 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Seng Keow, Permatang Pauh, Pulau Pinang.

libatsamakomuniti 7

14. PPKK bersama Persatuan Pelajar Kejuruteraan Kimia (CHESS) menganjurkan program "CHESS Caring Charity" di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dohsa Hau, Nibong Tebal pada 30 November 2013. Tujuan program ini ialah untuk melahirkan mahasiswa-mahasiswi yang peka dengan isu-isu semasa serta memberi pendedahkan kepada para pelajar PPKK tentang pengurusan kanak-kanak kurang upaya.

libatsamakomuniti 14