Aktiviti 1: Campus walk dan senaman aerobik
28 Mac 2018; #USMFIT ZON A yang terdiri dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni, Pusat Islam Kampus Kejuruteraan dan Jabatan Keselamatan telah melancarkan aktiviti pertamanya iaitu Campus Walk dan senaman aerobik di Kampus Kejuruteraan. Acara pembukaan telah dimulakan dengan ucapan oleh wakil ketua Zon A, Profesor Dr. Ahmad Zuhairi Abdullah. Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada staf dan pelajar telah menyertai aktiviti ini. Pihak Jabatan Keselamatan juga telah bekerjasama membantu mengawal trafik di dalam kampus semasa berlangsungnya aktiviti ini. Laluan aktiviti Campus Walk bermula dari kawasan parkir belakang Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia yang seterusnya melalui laluan hadapan bangunan Perpustakaan Kampus Kejuruteraan, Dewan Utama, Pusat Islam dan di akhiri di Dataran Kompleks Dewan Kuliah. Jarak perjalanan adalah sejauh 1.5 km dan tempoh berjalan kaki ini mengambil masa selama 30 minit. Selepas selesai aktiviti Campus Walk, semua peserta berkumpul di hadapan Dataran Kompleks Dewan Kuliah untuk aktiviti senamrobik. Acara senamrobik telah diketuai oleh Pn. Nor Zallilah Ahmad. Pihak Pejabat Pengarah juga turut hadir untuk membuat liputan media. Aktiviti bersurai pada pukul 6.30 petang.
Ucapan oleh timbalan ketua 1 iaitu Profesor Dr. Ahmad Zuhairi Bin Abdullah
Para peserta tekun mendengar ucapan alu-aluan dari wakil Zon A
Acara campus walk bermula. Semua peserta berjalan kaki dari kawasan parkir belakang PPKK ke dataran KDK
Para peserta melalui laluan depan perpustakaan
Semua peserta berkumpul di Dataran Kompleks Dewan Kuliah untuk memulakan sesi senaman aerobik
Pn. Nor Zallilah Ahmad mengetuai Senaman aerobik
Senaman aerobik diadakan selama 30 minit