Skip to main content

Program Merdeka Walk – Siswa Lestari 2014/2015 Kampus Kejuruteraan

merdekawalk2014-4

5 September 2014, sempena dengan bulan Kemerdekaan dan sambutan Minggu Siswa Lestari, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kejuruteraan telah mengadakan Program Merdeka Walk-Siswa Lestari.

Seawal jam 8.30 pagi dengan diketuai oleh Dekan, Profesor Azlina , kontinjen dari PPKK terdiri dari Staf Akademik, Staf Pentadbiran dan teknikal yang mengambil bahagian dalam program ini telah berkumpul di Komplek Sukan.

merdekawalk2014-3

Acara dimulakan dengan senamrobik yang dikendalikan oleh Encik Norhiman Ahmad dari Bahagian Kluster Gaya Hidup Sihat, IPPT. Pada jam 9.15 pagi sesi Merdeka WalkRobik bermula. Upacara pelepasan Merdeka WalkRobik telah disempurnakan oleh Dekan, Profesor Azlina Harun @ Kamaruddin.

merdekawalk2014-1

merdekawalk2014-5

Setelah selesai Merdeka WalkRobik sejauh 2KM tibalah kepada acara kemuncak iaitu upacara penyampaian hadiah. Dengan pakaian yang berwarna warni dan mengikut tema kontinjen dari PPKK telah dipilih sebagai pemenang kostum terbaik.

Keseluruhannya program ini dijalankan dengan penuh semangat kesukanan disamping diterapkan dengan elemen patriotisme.

Text : Norsiah Abd Rahman
Foto : Hisyam Adnan & Nor Irwin Basir