Skip to main content

USM Rangkul Tiga Anugerah MAPIM-KPT 2016


QK4C9879

KUALA TERENGGANU, 29 April 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus cemerlang memartabatkan penerbitan karya ilmiah apabila berjaya merangkul tiga anugerah di Majlis Anugerah Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM-KPT) 2016 yang berlangsung di Duyong Convention Centre, Duyong Marina & Resort, di sini, malam ini.
Cukup membanggakan buat USM apabila daripada 9 anugerah yang dipertandingkan, 3 daripadanya menjadi milik USM dan antara jumlah pemenang tertinggi bagi anugerah kali ini.

Di antara anugerah yang dimenangi:

mapim 78

(1). ANUGERAH MAKALAH JURNAL TERBAIK

(Bidang Sains, Teknologi dan Perubatan)

Hadiah Utama

Judul: Ultrasound-assisted extraction of oil from calophyllum inophyllum seeds: statistical optimisation using box-behnken design.
Nama Penulis: Faiznur Mohd. Fuad, Khairiah Abd. Karim and Mashitah Mat Don
Jurnal: Journal of Physical Science
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Hadiah: Sijil, Trofi dan wang tunai RM7,000.00

(Catatan: Puan Faiznur Mohd Fuad ialah bekas pelajar Sarjana di Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia yang kini merupakan pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Kimia UiTM. Manakala Dr. Khairiah Abd Karim dan Allahyarhamah Profesor Dr. Mashitah Mat Don adalah pensyarah daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia USM)

mapim56

(2). ANUGERAH BUKU ILMIAH TERBAIK

(Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial)

Hadiah Penghargaan

Judul: Sastera Mahua dalam Kritikan dan Persejarahan.
Nama Penulis: Chong Fah Hing
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Hadiah: Sijil, Trofi dan wang tunai RM7,000.00

(Catatan: Dr. Chong Fah Hing ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM)

mapim88

(3). ANUGERAH EDITOR NASKHAH BUKU TERBAIK

(Bidang Kemanusiaan dan Sains Sosial)

Hadiah Utama

Nama Editor Naskhah: Marina Azmi
Judul: Di Sebalik Tabir Sejarah Politik Malaysia, 1945–1957
Penerbit: Penerbit Universiti Sains Malaysia
Hadiah: Sijil, Trofi dan wang tunai RM7,000.00

(Catatan: Cik Marina Azmi ialah Ketua Pegawai Penerbitan di Penerbit Universiti Sains Malaysia)

Menurut Pengarah, Penerbit USM, Akhiar Salleh, kemenangan ini cukup bermakna buat USM seterusnya mengorak langkah lebih jauh kepada pengiktirafan penerbitan karya ilmiah peringkat antarabangsa.

Turut hadir mewakili Naib Canselor adalah Timbalan Naib Canselor, Penyelidikan dan Inovasi USM, Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan.

Kesemua anugerah telah disampaikan oleh Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia, YB Dato’ Seri Idris Jusoh.

Artikel asal : www.usm.my