2018 SCE USM Engagement with Community


Program libatsama antara Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, USM dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar, Perak telah berlangsung dengan jayanya pada 16-17 Ogos 2018.

Peserta Program “Kem Inap Cemerlang 2018” ini terdiri daripada pelajar aliran sains Tingkatan 5 seramai 40 orang dan guru pengiring seramai 8 orang.


Objektif utama program ialah untuk memupuk semangat pelajar bagi menceburi bidang sains dan kejuruteraan di peringkat pengajian tinggi kelak. Mereka juga didedahkan dengan kursus-kursus yang ditawarkan di peringkat ijazah sarjana muda oleh USM. Suntikan motivasi juga telah disampaikan oleh pensyarah PPKK USM berserta persiapan akhir menghadapi SPM oleh guru-guru pakar.


Pelajar berpeluang melawat makmal unit operasi dan makmal kawalan proses PPKK dengan kendalian pembantu jurutera PPKK.

Di majlis penutup, Tuan Pengetua SMK Methodist, En Saravanan menzahirkan kesyukurannya dan sangat berharap agar libatsama ini diteruskan lagi di masa akan datang.