Skip to main content

Staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia Terima APC 2018

WhatsApp Image 2019 07 26 at 34309 PM

PULAU PINANG, 24 Julai 2019 – Seramai lapan staf Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) berdasarkan prestasi yang dinilai sepanjang tahun 2018.

Anugerah disampaikan dengan empat sesi dan dimulakan oleh Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail serta diikuti oleh semua Timbalan Naib Canselor dalam majlis yang diadakan di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang.

Pengiktirafan ini merupakan penghargaan Universiti kepada staf yang telah memberikan khidmat terbaik untuk USM melalui prestasi kerja yang cemerlang. Lebih manis lagi, sudah pasti ia menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan khususnya para penerima anugerah kerana USM menyambut Ulangtahun ke-50 pada tahun ini.

Kesemua penerima APC pada tahun ini membawa pulang sijil penghargaan dan Sijil Simpanan Premium yang dikeluarkan oleh Bank Simpanan Nasional bernilai RM1000.00. Tahniah diucapkan kepada penerima APC daripada Pusat Pengajian ini seperti berikut:

1. Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed (Kategori Ketua Jabatan)
2. Profesor Ir. Dr. Abdul Latif Ahmad (Kategori Ketua Jabatan)
3. Profesor Madya Dr. Derek Chan Juinn Chieh
4. Ir. Dr. –Ing. NoorAshrina A Hamid
5. Cik Noroslinda Hussain
6. Encik Nor Irwin Basir
7. Puan Rosni Mohamad Yusof
8. Cik Noor Hasliza Wan Chik

Yang turut hadir adalah Ahli Lembaga Gabenor USM, Profesor Dato’ Dr. Ahmad Shukri Mustapa Kamal dan Profesor Dr. Zainal Ariffin Mohd Ishak; Timbalan-Timbalan Naib Canselor USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, Profesor Ir. Dr. Abdul Rahman Mohamed dan Profesor Dr. Aldrin Abdullah; Pendaftar USM, Dr. Musa Ali dan pegawai-pegawai utama universiti.




Teks: Mohd Kamil Ashar