Lagi Aktiviti Membudayakan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

2 April 2014 - Selaras dengan aspirasi Pusat Pengajian untuk membudayakan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, satu sesi taklimat tentang keselamatan khususnya daripada aspek kebakaran dan cara-cara pencegahannya di tempat kerja telah diadakan di Dewan Kuliah 5, Kompleks Dewan Kuliah, Kampus Kejuruteraan mulai jam 2.30 petang untuk semua warga PPK Kimia termasuk pelajar Ijazah Pertama dan Ijazah Tinggi. Taklimat yang memakan masa hampir satu jam tersebut telah dikendalikan oleh United Asia Fire Prevention Service Sdn. Bhd.




